Tuesday 17 April 2012

Keluargaku...

Assalamualaikum... Waduh2x... Dah lama betul aku tinggalkan blog ni. Nak wat camner, hidup terlalu sibuk dikala ini.. Penuh dgn hal2 duniawi.. Nasib baik hidupku dikelilingi ahli keluarga yg memahami... Sebut pasal keluarga ni, aku rasa berhak untuk membetulkan sesuatu.. Sekurang2nya ia tidak menjadi isu pada masa akan datang... Cewah... Bukan apa, kadang2 rasa terganggu bila ada pertanyaan2 yang aku rasa tak perlu dijawab buat masa ini. Huhuhu. Aku datang dari keluarga yang sederhana... Takde la miskin sangat.. Orang kata tak pernah la berlapar atau dicatu makan minum.. Sekolah pun, alhamdulillah, sumer bleh belajar dgn sempurna. Kami semua 9 beradik.. Aku yg sulung.. Pastu adik lelaki yg kedua, adik lelaki yang ketiga, adik lelaki yang keempat.. Then, yang kelima baru dapat adik pompuan.. Masa ni, ada sorang sedara dekat mintak dgn mak aku untuk dijaga ( anak angkat). Tapi mak tak bagi sebab anak pompuan baru ada dua.. Pastu yang keenam pun pompuan.. Yang ni pun sedara aku mintak jugak tapi still mak tak bagi.. Pastu dapat lagi adik yang ketujuh, lelaki plak.. Ditakdirkan setahun lepas tu, mak mengandung lagi.. Pada masa mak mengandung yang kelapan ini, sedara tu cuba pujuk mak, nak mintak baby tu utk dipelihara.. Selepas ayah dan mak berbincang, mak berat hati nak bagi, tapi memandang sedara ni takde anak dan duduk pulak dekat dgn rumah, mak cakap, kalau lelaki mak bagi.. Tapi kalu pompuan mmg tak bagi.. Ditakdirkan, baby yang kelapan ni lelaki, so dengan berat hati, mak menyerahkan adik untuk dipelihara oleh sedara kami.. Lagipun mak percaya, diaorang dapat menjaga adik dgn baik dan dpt mendidiknya sebaik mungkin.. Selepas tu kami dapat adik lelaki lagi... yang bongsu.. Wahhhh.. meriahkan keluarga kami! Tu la, kami sebenarnya tidakla terlalu miskin sehingga mak ayah tidak mampu menjaga walau sepuluh atau dua belas orang anak.. Kebenarannya, atas dasar persaudaraan dan kasih sayang la, adik kami dipelihara oleh keluarga angkatnya yang juga saudara terdekat sendiri.. Bukan atas dasar miskin dan masalah kesihatan...  Bila semuanya dah besar panjang dan bekeluarga, rasa best sangat kalau ada ramai adik beradik.. Bila time raya mmg sangat meriah!. Itu saja story kali ini.. Bukan untuk mengeruhkan keadaan tapi atas dasar menerangkan cerita sebenar yg mana saksi utama tidak dpt bangun untuk menjawab bagi pihak dirinya... AlFaatihah...Semoga tenang dan damai disana... Adik-adik ku, rindu plak nak gathering ramai2... Bila tu? Jom gi Melaka!

Sunday 8 January 2012

Welcome 2012!

Assalamualaikum.... Hai! Jumpa lagi ... Di tahun Baru 2012... Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur... Semoga 2012 lebih baik dr tahun2 sebelumnya.. InsyaAllah.. Seperti yang diketahui, hari Selasa lalu, 3/1/2012 baru2 ni, bermula la sessi persekolahan 2012.. Hmmm... Bila dah start skul ni, perkara yg mengSUSPENkan bagi cikgu2 ialah, jawatan apa yang akan dipegang? Kelas mana yang akan di ajar? Sape rakan2 baru yg datang ke sekolah ni ? Apa menu kat kantin tahun ni( ada jugek ke? hik hik hik )...  Bukan la sesuatu yg mengejutkan dan luarbiasa tugasan ku tahun ni.. Semuanya didalam jangkaan :)) Apapun, segalanya ku terima...

P/S: Gambar ni kat mane ek? Tempat yg 'memerangkap kita dari dunia luar'...