Sunday 27 February 2011

Cabaran 2011

Sebenarnya, catatan ni sepatutnya ditulis pd awal Januari lagi.. Tapi memandangkan aku masih blom berblog pd masa tu, skrg baru dpt meluahkannya.. Cewah.. Pada akhir tahun lepas, aku telah di beri 'hint' oleh GB yg aku akan dilantik sbg Penyelaras UPSR.. Ya Allah... rasa nok menangis pun ada.. Ye la, aku ni bukan nya berbakat sgt nok bercakap dpn orang ramai, especially dpn rakan2 guru.. ibubapa murid2 apatah lagi.. Mati aku.... Tapi prinsip aku, bila diberikan tugas, pantang sekali menolak.. Biarpun hari2 selepas itu, hati dan minda ni sentiasa memikirkan nasib aku di awal 2011 nanti.. Sambil tu, aku mencari2 ayat2 utk memujuk hati agar lapang dgn tugasan baru ku itu.. Alhamdulillah, setelah difikir2 kan, aku buat keputusan. Aku anggap tugasan yg diberi ini bukan lah satu halangan utk aku.. Tapi satu cabaran baru dlm karier ku.. Legaaa.. Ayat itulah aku pegang sehingga ke hari ini... 27/2/2011. Memang berat tugas baru ku ini.. Rasa nak menitis airmata (skema sokmo ayat.. hehehehe) mengejar deadline aktiviti yg telah diatur.. Tapi, dgn kekuatan emosi yg ada, rakan2 yg memberi semangat, kerjasama dr pentadbiran dan yg penting, dipermudahkan oleh Yg Maha Esa.. Aku tetap gagah mengharungi hari2 ku sbg penyelaras.. Ya Allah, permudahkanlah urusanku demi anak2 didik yg terchenta... :))

Tuesday 22 February 2011

Sedihnyer...


Terjumpa dlm satu forum di internet "Kagum...kagum...semangat dia mngalahkan rasa kesakitan yang dialami...menahan kesakitan untuk menghabiskan juga acara favorite dia...Tahniah!! tahniah buat ibu yang melahirkan wira ini... "
Yg aku nak highlight kat sini ialah ayat terakhir tu mengingatkan pada arwah mak yg telah pergi dahulu... Alamak, sebaik sahaja ayat terakhir habis dibaca, aku mengalirkan airmata.. Sedih dan merinduinya.. Betapa sedih kerana mak tak dapat menyaksikan kejayaan anak2nya.. Mak, semua anak2 mak wira di mata dan di hati ayoh dan mak.. Semua sudah berjaya kecuali si bongsu yg masih di sekolah menengah.. InsyaAllah, semoga Allah memberikan laluan yg baik untuknya.. AlFaatihah utk arwah mak, semoga tenang dan damai di sana.. Sampai masa kita akan berjumpa kembali...

Thursday 17 February 2011

Majlis Pertunangan Rosmani & Razman


Adik Ani dan tunangnya man pada hari pertunangan.. Majlis ini bertemakan pink di sebelah kami ( Adik ani mmg peminat giler pink) dan hitam dan silver disebelah pihak man. Tahniah la untuk korang berdua.. Nanti cepat2 nak pelamin yer... hehehe


Adik Ani bersama family Azahar... Enie, Anis, Aiman, Afif and little Aqeel..


Adik Ani bersama kaklong n abg Jai..

Catatan pertama

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, akhirnya tercipta juga blog yg asyik tertangguh utk dilaksanakan.. Semoga dengan adanya blog ini, dapat memberi peluang untuk menulis apa saja yg terlintas.. Tapi harap2 blog ini akan terus bernafas selamanya..