Monday 6 May 2013

~ Jalan2 Kuching ~





TRIP : Kuching Sarawak

TARIKH : 23 Mac 2013 - 25 Mac 2013

Ahli Rombongan : 1 orang ( Famili & Kawan )

FLIGHT  : Malindo Air ( RM38 sehala )

Tungguuuuuuu...... Cerita seterusnya....


Tuesday 17 April 2012

Keluargaku...

Assalamualaikum... Waduh2x... Dah lama betul aku tinggalkan blog ni. Nak wat camner, hidup terlalu sibuk dikala ini.. Penuh dgn hal2 duniawi.. Nasib baik hidupku dikelilingi ahli keluarga yg memahami... Sebut pasal keluarga ni, aku rasa berhak untuk membetulkan sesuatu.. Sekurang2nya ia tidak menjadi isu pada masa akan datang... Cewah... Bukan apa, kadang2 rasa terganggu bila ada pertanyaan2 yang aku rasa tak perlu dijawab buat masa ini. Huhuhu. Aku datang dari keluarga yang sederhana... Takde la miskin sangat.. Orang kata tak pernah la berlapar atau dicatu makan minum.. Sekolah pun, alhamdulillah, sumer bleh belajar dgn sempurna. Kami semua 9 beradik.. Aku yg sulung.. Pastu adik lelaki yg kedua, adik lelaki yang ketiga, adik lelaki yang keempat.. Then, yang kelima baru dapat adik pompuan.. Masa ni, ada sorang sedara dekat mintak dgn mak aku untuk dijaga ( anak angkat). Tapi mak tak bagi sebab anak pompuan baru ada dua.. Pastu yang keenam pun pompuan.. Yang ni pun sedara aku mintak jugak tapi still mak tak bagi.. Pastu dapat lagi adik yang ketujuh, lelaki plak.. Ditakdirkan setahun lepas tu, mak mengandung lagi.. Pada masa mak mengandung yang kelapan ini, sedara tu cuba pujuk mak, nak mintak baby tu utk dipelihara.. Selepas ayah dan mak berbincang, mak berat hati nak bagi, tapi memandang sedara ni takde anak dan duduk pulak dekat dgn rumah, mak cakap, kalau lelaki mak bagi.. Tapi kalu pompuan mmg tak bagi.. Ditakdirkan, baby yang kelapan ni lelaki, so dengan berat hati, mak menyerahkan adik untuk dipelihara oleh sedara kami.. Lagipun mak percaya, diaorang dapat menjaga adik dgn baik dan dpt mendidiknya sebaik mungkin.. Selepas tu kami dapat adik lelaki lagi... yang bongsu.. Wahhhh.. meriahkan keluarga kami! Tu la, kami sebenarnya tidakla terlalu miskin sehingga mak ayah tidak mampu menjaga walau sepuluh atau dua belas orang anak.. Kebenarannya, atas dasar persaudaraan dan kasih sayang la, adik kami dipelihara oleh keluarga angkatnya yang juga saudara terdekat sendiri.. Bukan atas dasar miskin dan masalah kesihatan...  Bila semuanya dah besar panjang dan bekeluarga, rasa best sangat kalau ada ramai adik beradik.. Bila time raya mmg sangat meriah!. Itu saja story kali ini.. Bukan untuk mengeruhkan keadaan tapi atas dasar menerangkan cerita sebenar yg mana saksi utama tidak dpt bangun untuk menjawab bagi pihak dirinya... AlFaatihah...Semoga tenang dan damai disana... Adik-adik ku, rindu plak nak gathering ramai2... Bila tu? Jom gi Melaka!

Sunday 8 January 2012

Welcome 2012!

Assalamualaikum.... Hai! Jumpa lagi ... Di tahun Baru 2012... Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur... Semoga 2012 lebih baik dr tahun2 sebelumnya.. InsyaAllah.. Seperti yang diketahui, hari Selasa lalu, 3/1/2012 baru2 ni, bermula la sessi persekolahan 2012.. Hmmm... Bila dah start skul ni, perkara yg mengSUSPENkan bagi cikgu2 ialah, jawatan apa yang akan dipegang? Kelas mana yang akan di ajar? Sape rakan2 baru yg datang ke sekolah ni ? Apa menu kat kantin tahun ni( ada jugek ke? hik hik hik )...  Bukan la sesuatu yg mengejutkan dan luarbiasa tugasan ku tahun ni.. Semuanya didalam jangkaan :)) Apapun, segalanya ku terima...

P/S: Gambar ni kat mane ek? Tempat yg 'memerangkap kita dari dunia luar'...




Saturday 24 December 2011

Langkawi Lagi...

Sebelum jenjalan.... Kena tengok peta dulu k!


Antara tempat yang sempat dikunjungi :

Perusahaan Gamat Nusantara Maju... Tengok tu... siap pergi tempat diaorang masak minyak gamat..




Seterusnya kami ke Beras Terbakar... Di sini kalau nak shopping kain batik, key chain @ T-Shirt mmg murah


                                  Ini je la beras terbakar yang masih tinggal...

Tempat yang tak kurang menarik jugak... Kilim Geopark... Pakej RM150 satu bot utk pegi Gua Kelawar, Sangkar Ikan dan Eagle Feeding... Sangat mengujakan !

Ready utk pusing pulau!

Helang2 dah memunculkan diri....

Sebagai kenang kenangan, mesti beli T-shirt I Love ke mane sajer kami pergi.. Kali ni I Love Langkawi!

Friday 23 December 2011

Langkawi ~ Day 2

Assalamualaikum... Sori, mengambil masa yang agak lama utk menyambung pasal journey kami ke Langkawi.. Sgt2 bizi walaupun sedang bercuti! Fuhhh..
Baik, memulakan perjalanan utk ke Langkawi.. Kami tiba di jeti awal2 pagi ~ kurang lebih pukul lapan.. Terussss ke kaunter untuk membeli tiket... Reganya dari Kuala Perlis sekarang, RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2... Adoiiiya.. Kena beratur..

                                         Tengok tu... Punya la ramai orang duk beratur...
                                     Dan... Ini la tiketnya.. Yeahhhh... Dah boleh tunggu feri..


Jenuh la plak menunggu... Tangkap gambar dulu la...

     Tension doh muka si baju merah menyala... boring menunggu.. Tgk kat belakang tu... Ramai giler orang..

                                                   Tunggu... punya tunggu... punya tungguu...


                               Dan akhirnya.... Kami menaiki feri ke Langkawi... Yeahhhhhhh !!


Tunggu sambungan cerita di Langkawi selepas ini.... hehehhe

Tuesday 1 November 2011

Langkawi ~ Day 1

Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 10.30 pagi.. Cuaca agak kurang memuaskan.. Hujan jer sepanjang jalan... Harap2 smp ke Langkawi nanti tak la ujan! Kami singgah makan tengahari di sempadan Trgg ~ Kelantan.. Makan dengan bersungguh2 sbb sgt lapar.. hehehe.. Sepanjang jalan dari Tanah Merah ke Jeli, trafik agak slow... Mmg dah masak dgn situasi ni.. Org2 kat sini memang pemandu yg berhemah amat! hahahaha.. Tension pun ada.. Sebaik merentasi Lebuhraya Timur Barat Jeli ~ Gerik, cuaca agak ok.. alhamdulillah... Teruja la kedua orang tua suamiku melihat pemandangan Banjaran Titiwangsa... Happy for them.
Perjalanan diteruskan. Abis jer highway tu, kami daki pulak kawasan berbukit bukau pengkalan hulu sehingga tiba di persimpangan Tawar ~ Kuala Pegang.. Dari situ kami ambik pulak jalan Parit Panjang ~ Gurun... Rehat, makan n solat di Hentian Gurun... Makanan amatlah tidak memuaskan tapi boleh la demi mengalas perut. Menyambung perjalanan ke Kuala Perlis melalui Lebuhraya Utara Selatan sehingga exit Bukit Kayu Hitam.. Mula2 ingat nak keluar ikut Exit Alor Star, tetapi memandangkan dah malam kami decide kluar je terus di exit terakhir.. Sampai di Kuala Perlis kami menginap di sebuah homestay dengan harga RM150 semalam.. Ok la dgn 2 bilik aircond.. Ok, tidur dulu... Esok sambung ekk..

Langkawi October 2011

Assalamualaikum... Jumpa lagi. entri kali merupakan percutian yang dikategorikan sebagai ' pergi ke tak... pergi ke tak... ' last2 dapat jugak menjejakkan kaki ke tanah mahsuri ini buat kali ke 6. Imbas kembali lawatan2 sebelum ini :
1. Lawatan sambil Belajar bersama murid2 SK Durian Mas 1.. Sgt2 teruja sbb first time..
2. Lawatan Bersama SK Bandar Dungun ~ Happy jugak la..
3. Bersama my family ~ of course besssstttt..
4. Bersama my family n adik2 beradik ~ Best sgt2..
5. Lawatan bersama staff SK Pulau Serai ~ Peristiwa lucu, sedih, marah dan akhirnya mengingatkan pada seorg rakan sekerja yg telah pun meninggalkan kami semua.. Al Faatihah buat Allahyarham cikgu Kamaruddin Ngah.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Nanti akan diceritakan pd entri lain kenapa berbagai perasaan timbul semasa lawatan ini.. Tunggguuuuuu..
6. Kali ini datang bersama parents in law.. Terharu sbb diaorg first time datang ke langkawi.. Tgk diaorg happy sangat.. Ok, nantikan entri seterusnya...