Tuesday 1 November 2011

Langkawi ~ Day 1

Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 10.30 pagi.. Cuaca agak kurang memuaskan.. Hujan jer sepanjang jalan... Harap2 smp ke Langkawi nanti tak la ujan! Kami singgah makan tengahari di sempadan Trgg ~ Kelantan.. Makan dengan bersungguh2 sbb sgt lapar.. hehehe.. Sepanjang jalan dari Tanah Merah ke Jeli, trafik agak slow... Mmg dah masak dgn situasi ni.. Org2 kat sini memang pemandu yg berhemah amat! hahahaha.. Tension pun ada.. Sebaik merentasi Lebuhraya Timur Barat Jeli ~ Gerik, cuaca agak ok.. alhamdulillah... Teruja la kedua orang tua suamiku melihat pemandangan Banjaran Titiwangsa... Happy for them.
Perjalanan diteruskan. Abis jer highway tu, kami daki pulak kawasan berbukit bukau pengkalan hulu sehingga tiba di persimpangan Tawar ~ Kuala Pegang.. Dari situ kami ambik pulak jalan Parit Panjang ~ Gurun... Rehat, makan n solat di Hentian Gurun... Makanan amatlah tidak memuaskan tapi boleh la demi mengalas perut. Menyambung perjalanan ke Kuala Perlis melalui Lebuhraya Utara Selatan sehingga exit Bukit Kayu Hitam.. Mula2 ingat nak keluar ikut Exit Alor Star, tetapi memandangkan dah malam kami decide kluar je terus di exit terakhir.. Sampai di Kuala Perlis kami menginap di sebuah homestay dengan harga RM150 semalam.. Ok la dgn 2 bilik aircond.. Ok, tidur dulu... Esok sambung ekk..

Langkawi October 2011

Assalamualaikum... Jumpa lagi. entri kali merupakan percutian yang dikategorikan sebagai ' pergi ke tak... pergi ke tak... ' last2 dapat jugak menjejakkan kaki ke tanah mahsuri ini buat kali ke 6. Imbas kembali lawatan2 sebelum ini :
1. Lawatan sambil Belajar bersama murid2 SK Durian Mas 1.. Sgt2 teruja sbb first time..
2. Lawatan Bersama SK Bandar Dungun ~ Happy jugak la..
3. Bersama my family ~ of course besssstttt..
4. Bersama my family n adik2 beradik ~ Best sgt2..
5. Lawatan bersama staff SK Pulau Serai ~ Peristiwa lucu, sedih, marah dan akhirnya mengingatkan pada seorg rakan sekerja yg telah pun meninggalkan kami semua.. Al Faatihah buat Allahyarham cikgu Kamaruddin Ngah.. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat.. Nanti akan diceritakan pd entri lain kenapa berbagai perasaan timbul semasa lawatan ini.. Tunggguuuuuu..
6. Kali ini datang bersama parents in law.. Terharu sbb diaorg first time datang ke langkawi.. Tgk diaorg happy sangat.. Ok, nantikan entri seterusnya...